Hit Counter:0
  • /data/1147/aimg/1181103105634.jpg
  • /data/1147/aimg/119112123509.jpg
  • /data/1147/aimg/119107192703.jpg
  • /data/1147/aimg/119301161138.jpg
  • /data/1147/aimg/119202163049.jpg
  • /data/1147/aimg/117911014608.gif

Firma Pembinaan Digesa Bida Projek Jejambat Yangon

[ 26-02-2015 ]
Firma Pembinaan Digesa Bida Projek Jejambat Yangon
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Syarikat pembinaan Malaysia digesa membida projek jejambat kerajaan Myanmar bernilai lebih AS$50 juta yang dijadual dibangunkan lewat tahun ini.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata Yangon Regional Government akan mengeluarkan tender bagi pembinaan jejambat di tiga lokasi di Yangon -- persimpangan 8th mile, Tamwe dan Kokkine.

"Jumlah bajet bagi keseluruhan jejambat sepanjang 54 km itu hampir AS$55 juta, di mana AS$22.5 juta diperuntukkan bagi persimpangan Tamwe, AS$16.5 juta bagi persimpangan 8th mile dan baki AS$15.5 juta bagi persimpangan Kokkine," kata perbadanan itu.

Matrade berkata negara itu dilaporkan merancang menawarkan tender terbuka pada akhir Mac tahun ini dengan pembinaan dijangka dilaksanakan pada tahun fiskal 2015-2016 (yang bermula pada April).

Panggilan bidaan akan diumumkan dalam akhbar milik kerajaan Myanmar pada akhir tahun bajet 2014-2015.

Matrade juga akan menganjurkan misi pemasaran khas perkhidmatan pembinaan ke Myanmar pada 16-20 Mac.

Syarikat Malaysia digesa menyertai program ini yang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pembinaan Myanmar, pemilik projek dan pemegang kepentingan relevan dalam industri pembinaan.

-- BERNAMA